Bicara Hadis


Monday, November 10, 2008

Syurga Yang Menderita & Neraka Yang Mempersona


Pasti anda terpikir-pikir kan?Syurga yang menderita dan neraka yang mempersona? Tentu saja ada yang mula rasa cuak mendengarnya, ada juga mengatakanan aku hilang akal? Kawal emosimu temanku.Biar daku memberitahunya dahulu. Sikap tergesa-gesa dalam membuat andaian sudah sebati dengan budaya masyrakat kita malah ia semakin parah bila timbulnya kemarahan, kebencian, meluat, dendam dan tak kurang juga boleh sampai tahap membunuh. Sudah hilang rasionalkah manusia di alaf milenium ini khususnya di bumi Minden ini? Mengapa jadi begitu?Lets check it..

1) Ada antara kita 'datang ke kuliah' tetapi sebenarnya kosong, maka
hasilnya seolah-olah tidak datang kuliah pun.

2) Ada kala kita rasa kita 'busy sangat', rupa-rupanya kita hanya 'kelam kabut'.

3) Ada kala kita rasa kita 'prihatin', tetapi rupa-rupanya kita 'busy body'.

4) Ada kala kita rasa kita 'openminded' & 'outspoken' tapi rupa-rupanya kita 'kurang ajar'.

5) Adala kita rasa kita 'berpemikiran kritis' tapi rupa-rupanya kita hanya lebih kepada 'kritik'
yang mencipta 'krisis'.

6) Adakala kita ingin menjadi lebih'mesra' tapi rupa-rupanya kita dilihat lebih 'mengada-ngada'.

7) Adakala kita suka bertanya 'apa yang boleh aku dapat?' tetapi adalah lebih baik kita
bertanyakan ' apa yang telah aku sumbangkan?'.

Pejam mata dan renung diri masing-masing. kita berperasan telah membuat anjakan paradigma dalam diri tetapi sebenarnya pada pandangan orang lain TIDAK!...Manusia tetap manusia, selalu menganggap dirinya baik tanpa ia tidak disedari. Adakah dengan merasakan itu, kita telah buat yang terbaik??? Kehidupan dunia yang selalu menipu akan membuatkan anda anda tersilap menilai bahawa neraka itu syurga dan syurga itu neraka. Anda mungkin "pandai" tetapi belum "BIJAKSANA"...

Monday, November 3, 2008

KAU MURABBI BUKAN SELEBRITI





Leaders are learner-.Pemimpin adalah individu yg sentiasa belajar.Begitu aku diingatkan berkali-kali.Malah,satu ungkapan yg sering menjadi pegangan aku ialah saat kita berhenti belajar,saat itulah kita akan berhenti memimpin.Ya,walaupun aku bukan pemimpin dalam skala yg besar tetapi aku adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin kepada diri sendiri.Hakikat ini mengingatkan aku tentang perbualan antara seorang murabbi dgn Atok(datuknya)

“Kau asyik mengajar sahaja,bila kau belajar?” Tanya Tok pada satu hari.
Aku diam.Aku tahu,Tok bukan bertanya sebenarnya,tetapi dia mengingatkan.

“Apa yg kau selalu tulis dan cakapkan tu…betul-betul sudah kau amalkan?”
Aku bertambah diam.Selain ayah,Tok adalah orang yang paling aku homati…malah aku takuti(kadang-kadang).

Namun begitu,Tok lah tempat aku ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan,kemusykilan atau kecelaruan dalam episode hidup aku setelah ayah dan ibu berpisah sekian lama.Terkapai-kapai hidup berdikari demi mencari erti hidup yang sebenar.Sejak aku masih di sekolah rendah hinggalah kini,Tok adalah ‘guru’ dan mentorku.

“Kita hanya penyampai,Tok.Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain.Saya juga berharap apa yang saya sampaikan,dapat juga saya amalkan.

“Jangan hanya berharap,berusaha!”
“InsyaAllah,”jawabku pendek.


TENTANG “AKU”

“Bagus tu.Jangan menulis ‘diri’ sendiri.Ingat pesanan ni,
orang yang bijaksana menulis tentang ilmu.Orang yang cerdik menulis tentang peristiwa.Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’.Hanya orang yang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Aku mengganguk pelahan.Dalam makna Tok kali ini.”Tok lihat ada kecendurungan sesetengah penulis asyik menulis tentang dirinya.Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.

“Tapi Tok ,tak salah kalau pengalaman itu dapat dikongsi bersama dengan orang lain.Malah lebih ‘real’ daripada apa yang dialami oleh orang lain.”aku cuba membantah.

“Betul,tak salah tapi jangan keterlaluan.”
“Kenapa pulak Tok ?”

“Sebab,kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi.Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan,bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramahitu sendiri”
“Kenapa pulak Tok?”

Tok merenung tajam.Dia faham kali ini aku bukan hanya menyoal tapi mempersoal.
“Tok lihat ,penulis atau pendakwah masa kini tidak syumul dari segi personalitinya.Tak payahlah tok huraikan secara terperinci…Muhasabah diri masing-masing.

“Maksud Tok,golongan ini banyak kelemahan?.Biasalah Tok.Siapa yang sempurna?Apakah hanya apabila semua sempurna baru kita boleh berdakwah?

“Tidaklah begitu.Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya’lebih sempurna’ sedikit
Daripada golongan yang diserunya”

“Kalau tidak?”

“Masyarakat akan kecewa,apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin diteladani….tidak seperti yang mereka harapkan.”

MENJANA KEHEBATAN

“Tok tahu,sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini.Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya.Begitu juga Islam,dengan umat Islam.Islam sentiasa hebat,tetapi muslim adakalanya hebat,adakalanya tidak,bergantung sejauh mana mereka mengamalkan islam itu sendiri!”

“Hujah lama,”balas Tok.

“Tapi masih relevan….Tok,”Aku mempertahankan hujahku.

“Kalau hujah tu diputar belit begini macam mana….Ya,kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu.Jadi kalau begitu,di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sahih,aku terperangkap.Seperti biasa hujah Tok akan bertambah gagah,kalau disanggah.Justeru kerana itulah aku selalu ‘melawan’.Tok bukan jenis guru ‘kau diam,aku cakap!Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’-prinsipnya:Mari sama-sama kita cari kebenaran.

“Kau tidak terbaca tulisan Dr.Yusuf al-Qaradhawi tentang keluhan seorang intelektual Barat yang baru menmeluk Islam?Apa keluhannya?”

“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal orang islam…”

“Tahu pun.Jika intelektual itu kenal orang Islam,mungkin dia tidak tertarik pun untuk memeluk Islam.Jadi dari segi tertib…Siapa yang kita nak perkenalkan dahulu?Orang Islam atau Islam?

“Islam la Tok,”aku akur tunduk.

“Ya,itulah maksud Tok…Pendakwah atau penulis mesti mengetengahkan prinsip dakwah.Islam dan tarbiah,bukan input peribadi atau personality.Bawa orang kepada Allah,bukan kepada diri.Bawa orang kepada Islam,bukan kepada produk atau kumpulan.”

“Terima kasih Tok…selalu-selalulah ingatkan saya.”

“Ingat pesanan Tok…Pendakwah adalah seorang murabbi,bukan selebriti!
(Pesanan Tok yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ aku walaupun hampir setahun ia meninggalkanku…)


KENAPA AKU MENULIS???

Sungguh aku takut diri ini akan azab seksaan Allah disebabkan tulisanku .Teringat aku akan suatu hadith yang menyatakan bahawa tulisan disama tarafkan dengan tutur bicara yang dikeluarkan..Ohh sahabatku…Tolong peringatkan aku jika daku terlupa.Jika aku menulis hanya mengikut perasasan dan emosi semata-mata bukannya dari hati nurani yang bersih.Ku lihat hari ini ramai yang menulis mengikut kata hati bukannya dari ‘nur’ nurani yang hakiki.Secara jujurnya,aku tiada keyakinan untuk menulis..maafkan daku.

Photobucket

satu cinta...