Bicara Hadis


Friday, January 9, 2009

Mahasiswa Dibenar Sertai Demostrasi Kutuk Israel












KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Utusan Malaysia;8/1/09

BOIKOT!!!







kepada kaum muslimin,marilah kita m'boikot brg2 israel.Jika anda mbeli brg israel,AS dan sekutunya seolah2 anda MENYUMBANG kpd pembunuhan sedara kita di Pelestin.

Antara brg2 itu :
-carrefour
-coca cola
-kleenex
-maybelline
-maggi
-danone
-giorgio armani
-jenama NESTLE
-kitkat
-johnson&johnson
-ambipur
-kiwi
-revlon
-kotex
-huggies
-sprite
-sunskist
-NOKIA
-ibm
-the sun
-intel
-disney
-scott
-lo'real
-nescafe
-seven up
-dan segala brg yg mempunyai barcode yng bmula dgn 729

Sayangi saudara kita.Selain doa,hanya ini yg mampu menyekat kemaraan israel.ingatlah saudaraku,Walaupun brg itu bernilai hy 10sen, ia tetap akan menyumbang kpd pembelian senjata israel utk membunuh saudara islam kita di sana.

Carilah brgn alternatif yg lain..Banyak lagi brg yg boleh anda guna dan pakai..
Sayangilah saudara kita disana kerana umat islam itu adalah saudara..Tidak beriman seseorang itu,selagi ia tidak mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri..
Ayuh Sahabatku,Bersama kita melangkah membantu mereka dgn cara yg kerdil ini..
insyaallah,semoga diberkati Allah....

Photobucket

satu cinta...