Bicara Hadis


Friday, August 21, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa..

"Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka

2. Pintu-pintu Syurga Di BukaFadhilat yang lain-lain

3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

5. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu

dengan Allah pada hari kiamat kelak

6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

8. Setiap kali sUjud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di

syurga dan 70'000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan

1. Solat sunat Tarawih

2. Solat-solat sunat yang lain

3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya

4. Memberikan hidangan berbuka puasa

5. Banyakkan membaca tahlil

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka

8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

SELAMAT BERAMAL DAN JOM KT SAMA2 REBUT PELUANG KEEMASAN INI....=)

No comments:

Photobucket

satu cinta...