Bicara Hadis


Showing posts with label Fadhilat. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat. Show all posts

Friday, August 21, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa..

"Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka

2. Pintu-pintu Syurga Di BukaFadhilat yang lain-lain

3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

5. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu

dengan Allah pada hari kiamat kelak

6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

8. Setiap kali sUjud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di

syurga dan 70'000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan

1. Solat sunat Tarawih

2. Solat-solat sunat yang lain

3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya

4. Memberikan hidangan berbuka puasa

5. Banyakkan membaca tahlil

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka

8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

SELAMAT BERAMAL DAN JOM KT SAMA2 REBUT PELUANG KEEMASAN INI....=)

Saturday, April 11, 2009

7 AYAT-AYAT CINTA YG POWER PUNYER...=)


sabda Rasulullah S.a.w ....


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.alhamdulillah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4.insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.lahaulawalaquwatail lahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak

berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6.innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7.laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan

orang yang terpilih oleh Allah.


Saturday, March 28, 2009

KEMENYAN


Kemenyan hanya sebagai satu method atau cara utk menarik perhatian atau memanggil jin, biasanya jin peliharaan. Ia disertakan dgn jampi serapah yg lebih menjurus kpd khurafat kerana membawa maksud utk mengagung2kan makhluk2 halus ini. Ada juga diambil drpd petikan ayat Al-Quran yg mana dilakukan penambahan atau perubahan yg tidak sepatutnya sehingga berubah maksud ayat, tak kiralah sama ada sihir ataupun berubat. So ini yg dinamakan syirik, dosa besar. Silap2 terkeluar drpd Islam. Wal 'iyyazubillah...


Namun ada juga org kita membakar kemenyan utk tujuan mewangikan suasana sekeliling. Biasanya bahan dia tu diambil drpd kayu setanggi. Ana tak pasti lak camner bau dia sbb tak pernah jumpa. Kalau yg selalu tok bomoh guna tu tak tau lak apa yg dia letak, either arang ke atau kayu setanggi jugak. Namun kalau nak elakkan fitnah, baik takyah la, especially bila dibakar dlm rupa yg mcm tok bomoh pakai.Kalau nak berubat, sebagai org Islam adalah lebih baik menggunakan kaedah yg diajarkan oleh Islam. Kita ada ayat syifa' so gunakan. Dgn syarat, sertakan dgn keyakinan terhadap Allah.


Kalau sakit kita berkait dgn penyakit yg zahir, berjumpalah dgn doktor yg pakar tentang penyakit zahir. Kalau berkait dgn penyakit batin, umpamanya sihir, berjumpalah dgn doktor yg pakar dgn penyakit batin ni. Macam Darus Syifa' tu. Pendekatan atau prinsip yg diamalkan adalah bila sembuh tidak mensyirikkan Allah, bila tak sembuh juga tidak mensyirikkan Allah SWT. Itu sebaik2nya demi menjaga 'aqeedah kita.Allahua'lam...

pastikan kalau nak menggunakan Al-Quran sebagai syifa,kita bersihkan hati dan jiwa kita terlebih dahulu..kalau tak,memang tak akan berkesan pun ayat Quran itu...

jika hati kiter tidak suci dan tanpa rahmat ALLAH keatas kiter...maka tak berkesanlah ayat2 yang di bacakan itu...

kemeyan tu bukan le makanan jin... tapi kemeyan tu biasana nya di perasapkan.. dan asap tu ler makanan jin...dah direservekan dek Allah S.W.T bahawa asap dan tulang itu makanan jin.... jadi sape yg isap rokok ngan makan sup tulang tu adik beradik jin ler... :p - kata kata gurau dari Ustaz Ismail kamus


disebab itulah kita dikehendaki menghormati tulang sebagai makanan jin... sebab itu lah dilarang kita dari beristinjak dgn tulang.... :)

Friday, September 5, 2008

FADHILAT SOLAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahhyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

sumber:http://syumulnetwork.blogspot.com/
Photobucket

satu cinta...