Bicara Hadis


Tuesday, October 21, 2008

kontrak sosial-kembali memahami sejarah


Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ,UMNO.Banyak orang Melayu, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Syarat-syarat kontrak
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera).

Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi".

Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.


Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan.

Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."


Kritikan awal


Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parlimen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu.

Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Penggunaan dalam konteks lain Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan hubungan kaum.

Dalam pilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS.


Pandangan


Kenyataan yang ulung kalinya oleh Raja-Raja Melayu semalam di dada akhbar berkaitan isu Kontrak sosial secara terbuka yang memperincikan satu per satu peranan serta fungsi Raja-Raja Melayu amat menarik dan sesuatu yang amat jarang berlaku. “Jangan sentuh kontrak sosial” bunyinya seperti sebuah ‘amaran’ dan ‘ancaman’ bukan?.

Perkara sebegini tidak harus berlaku kerana memberi penekanan kepada bukan bumiputra. Ada pandangan yang mengatakan bahawa tidak salah kalau kita nilai dan kaji sesuatu sistem itu semula supaya ia sesuai dan realistik mengikut perubahan zaman dan dapat meningkatkan lagi keberkesanan sistem tersebut seperti taraf keistimewaan orang melayu ditambahkan lagi,mungkin???


Mengenai isu kontrak sosial, perkara ini bukan pertama kali dibidaskan oleh pihak-pihak tertentu malah suatu ketika dahulu perkara ini turut mencetus kontrovesi namun sekarang ia tidak boleh lagi‘di usik’.Untuk menjadi sebuah negara yang terbilang, pemikiran yang celik lagi cerdik harus wujud dalam diri seorang bergelar pemimpin supaya ia relevan dengan keadaan semasa.

Wednesday, October 15, 2008

APABILA BENCIKU BERBUNGA CINTA


Anda mungkin pernah dengar benci asal dari sebuah kecintaan. Bila kita benci pada sesuatu, maka kebencian itu akan terus menghantui kita, tapi biasanya juga kita tepis dari hati kita atau biasanya juga menimbulkan kecintaan. Pendapat ketiga ini yang mungkin aku alami.,,

Lahir di Simalungun, 17 Mei 1972, dalam keluarga yang memeluk agama kristian. Sampai aku hijrah ke kota pendidikan ini untuk menimba ilmu, ajaran ini tetap aku pegang teguh. Walau pada akhirnya semua itu sekarang tinggal menjadi kenangan pahit saja bagi aku yang melepaskan beberapa tahun umur aku tanpa faedah dengan tidak memeluk agama Islam.

Sebelum timbulnya rasa kecintaan aku kepada Islam dan masuk menjadi penganutnya, yang ada dalam hati aku hanyalah rasa benci kepada Islam. Rasa kebencian itu merasuki jiwaku yang sebenarnya belum mendalami tentang Islam. Yang aku ketahui hanyalah bahwa orang non-Kristian (bukan pengikut Kristus yang mengakuinya sebagai Anak Allah) ialah merupakan orang KAFIR. Dan di hari penghakiman nanti Jesus Kristus juga tidak akan mengakuinya, demikian juga dengan Bapa yang ada di Syurga.

Secara logikal Kristian mengemukakan bahawa tiada agama yang lebih baik selain agama Kristian sehingga hanya penganutnya lah yang menjadi calon penghuni syurga kelak. Ajaran ini terus merasuk dalam hatiku, sehingga bilamana melihat orang non kristian maka hanya pikiran jelek yang merasuki pikiranku, dan beranggapan bahwa orang itu ialah calon sahabat Luciver nanti di penyiksaan Neraka. Karena itu maka, aku memilih milih teman bermain.

Interaksi dengan non kristian aku jaga batas batasnya. Apalagi menurut anggapan kami (umat Kristian) orang Islam itu membelotkan isi Al-Kitab, khususnya tentang Jesus yang tidak diakui sebagai Sang Penebus Dosa umat manusia.

Pada kenyataan selanjutnya aku ternyata tak bisa mempertahankan dan menegakkan pendapat aku itu. Berawal dari persahabatan dengan rakan Muslim yang tidak dapat ku hindari, karana tak adanya alasan memusuhinya secara jasamaniah. Berawal dari teman dan akhirnya terjadi dialog-dialog tentang agama masing-masing.

"Tuhan itu ialah Trinitasi" itulah yang aku ungkapkan dalam banyak dialog tapi dia menyangkalnya dengan mengatakan bahwa Tuhan itu Esa, Dia zat yang Maha Agung, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Logikanya bila Tuhan itu punya keturunan, berarti Tuhan itu tak ubahnya seperti kita. Sifat manusia ialah berketurunan, maka jika jesus itu anak Allah, bererti Jesus pun akan memiliki keturunan.

Hal yang kedua yang membuat `goyah' pendirianku ialah Jesus itu Tuhan dan Tuhan itu ialah Trinity bererti dalam pengertian Tuhan yang aku anuti ada TIGA ZAT yang berkuasa atas umat manusia, maka akan ada perebutan pengaruh dari ketiganya terhadap umat mereka. Dan mereka tentu akan berbeza .

kenyataannya diri sebagai Roh Kudus maka hal itu bila kita terapkan pada sistem pemerintahan akan muncul dualisme. Apa ini bisa anda terima, begitu juga diriku. Bingung menelaahnya. Ditambah lagi dengan keterangan dari Dia (lihat Yohannes, 20:17). Dari keterangan-keterangan itu akhirnya timbul satu fikiran dalam otakku iaitu ternyata ISLAM itu lebih masuk akal.

Tuhannya hanya SATU, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Al-Qur'an itu ialah benar dan asli kerana dijaga sendiri oleh Tuhan sampai akhir zaman tanpa dibumbui oleh logika orang-orang pintar yang akhirnya malah menyesatkan ajaran yang sesungguhnya.

Murtad memang merupakan dosa besar, tapi akankah aku katakan yang salah itu benar, sedang yang benar itu salah ? Alhamdulillah, ternyata hatiku belum sekotor itu. Pertama kali mengucapkan dua kalimah syahadat tanggal 2 Februari 1993 membuat haru hatiku. Seolah aku dilahirkan kembali bak kertas putih, yang belum berisi tulisan-tulisan perbuatanku yang telah lalu. Karena hakikatnya manusia lahirnya itu suci dan segala dosanya dia tanggung sendiri.

Mungkin kawan-kawan seagamaku dulu menganggap bahwa aku ialah orang yang berdosa dan mungkin paling berdosa karena murtad. Namun semua itu dapat ku tepis dengan keyakinan akan agama yang H A Q ini. Dan aku berkeyakinan bahwa justeru akulah yang telah diberi cahaya Tuhan. Aku terima dengan lapang dada semua gunjingan tentang diriku, apalagi ketika pulang kampung.

Aku kasihan kepada mereka yang belum menemukan kebenaran jalan hidupnya. Belum mengerti akan apa yang mereka `benci' itu sebenarnya ialah suatu kebenaran yang mutlak. Semoga mereka di kelak kemudian harijuga diberikan cahaya (=hidayah; wasi'an) kebenaran yang sudah aku dapat kan sekarang. Dan semoga kebenaran Islam akan semakin menyertai segenap gerak langkah dalam hidupku selanjutnya...

'Aku' adalah seorang yang membenci Islam ketika dahulu. Namun hidayah Allah tiada siapa yang berhakmenghalangnya.Alhamdulillah, Seorang lagi menyertai kita semua.Sungguh,Hidayah itu milik Allah.Dia memberi kepada siapa yang dikehendakinya. kalo kita teliti sahabat kita non-muslim di Malaysia khususnya di USM masih lagi tercari-cari 'cahaya' itu, sedangkan kita yang telah berada dalam 'lingkaran cahaya' itu seolah-olah mengabaikan 'cahaya' itu. Dimana silapnya bila mana dikatakan Islam Di Malaysia pada hari ini tidak berkembang?Anda mahu bukti? Anda bijak IT bukan?Rujukan statistik menunjukkan ramai non-muslim convert to Islam di setiap negara di dunia setiap tahun.Bandingkan dengan Malaysia.Bagaimana?Apa dah Jadi? Bukankah Malaysia sebuah negara Islam?Di manakah silapnya?...

Wednesday, October 8, 2008

Bisikan???


Entahlah...kekadang rasa nak padam jah blog ni..nape lak? nape?...hmm,sbb aku rasa diri ini blm myumbang apa2 untuk islam dalm penulisanku ini. benarkah begitu?..ya..Aku harus ubah mentaliti pemikiran aku..Aku xleh berada di takup lama lagi..Mesti BERUBAH!...tapi cam na? cam na?...Hmmm...Aku ada idea..tapi...bukan sekarang ko lakukannya k!Baiklah...AKu akan lakukannya nanti...Tapi ko mesti ingat, buat bkn atas dasar semangat semata-mata..Kalo tak luntur!...ko paham x?...Yer..aku tahu...

P/s: Mungkin korang tak paham kan?takpela...Ada benda yang perlu aku gerakkan..Pasakkan hati, minda, Pemikiran yang Logistik...Kau pasti temui sirnanya..INSYALLAH!

Tuesday, October 7, 2008

HATI



Wahai hati,
Usah dikenang peristiwa semalam,
Jika mengingatinya membuatkan dirimu gundah-gulana.
Terkenang detik itu,
Engkau terus berbicara,
Bersama desiran bayu malam,
Lidah kelu untuk melafazkan,
Justeru titisan embun membeku,
Umpama kerasnya dirimu hati,
Enggan menerima erti sebuah kesilapan.

read more...

Tuesday, September 9, 2008

Cikgu Tak Percaya Tuhan ???


ADA seorang guru Tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak “brain wash” kanak-kanak di Tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...

Guru Tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni?
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru Tadika : Pen ada kan ?
Anak-anak : Ada cikgu.

Kemudian guru Tadika tadi memasukkan pen itu dalam poket dia, kemudian
bertanya lagi..

Guru Tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Anak-anak :Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Pen ada tak?
Anak-anak : Tak ada cikgu.

Guru Tadika : Anak-anak nampak tuhan tak?
Anak- anak : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Tuhan ada tak?
Anak-anak : Tak ada cikgu.


Guru Tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak “brain wash” otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam banyak - banyak budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia minta pun mengangkat tangan...


Budak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru Tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : Kawan-kawan nampak cikgu tak ?
Kawan-kawan : Nampak.
Budak A : Cikgu ada ! kan?
Kawan-kawan : Ada.

Budak A : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak A : Cikgu ada otak tak?
Kawan-kawan : Tak ada.

Pengajaran dari cerita ini, bila tak nampak, tak semestinya tak ada! Sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...

Aku Sebuah Motor ???

Namaku Honda Wave, aku adalah dari bangsa Jepun.Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai motosikal di seluruh Malaysia. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di litar,jalanan & lebuh raya.Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut
adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang dae`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid & majlis ilmu bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola.peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang bola tapi aku kesunyian apabila dibawa ke masjid. Dahulu, padang bola ini menjadi temapat persinggahanku, dan dengan ini aku dapat banyak kawan seperti LC,KRISS,SKUTER dan ramai lagi!. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.

Usrah berjalan hampir setiap malam dam merata tempat.Sememangnya
tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehatadalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua motor akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin motor, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku memecut mengikut had
laju yang diminta oleh tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki,lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah dae`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik,makan-makan,shopping, berjalan hatta merempit sekalian jika perlu, itu semua adalah dakwah bagi kalian Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sebuah motor. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah motor. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum rantai motor ini bergetar deras, cukuplah dulu
nukilan dariku, sebuah motor seorang dae`i.

p/s : citer ini tiada kaitan dengan moto honda waveku namun dia juga yg mberi ilham kepadaku..=)

Friday, September 5, 2008

FADHILAT SOLAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahhyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

sumber:http://syumulnetwork.blogspot.com/
Photobucket

satu cinta...