Bicara Hadis


Sunday, March 8, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

BERIBU-RIBU penyDalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam. gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

Orang Timur kata laut itu indah,

Aku Diam.....

Orang Barat kata gunung itu cantik,

Aku Diam.....

Orang Selatan kata awan itu gemawan,

Aku Diam......

Kerana bagiku Bahasa itu indah,

Semua tidak bermakna lagi,

Jika tiada 'bangsa' yang mempertahankan 'bahasa'!!!!

Friday, January 9, 2009

Mahasiswa Dibenar Sertai Demostrasi Kutuk Israel












KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Utusan Malaysia;8/1/09

BOIKOT!!!







kepada kaum muslimin,marilah kita m'boikot brg2 israel.Jika anda mbeli brg israel,AS dan sekutunya seolah2 anda MENYUMBANG kpd pembunuhan sedara kita di Pelestin.

Antara brg2 itu :
-carrefour
-coca cola
-kleenex
-maybelline
-maggi
-danone
-giorgio armani
-jenama NESTLE
-kitkat
-johnson&johnson
-ambipur
-kiwi
-revlon
-kotex
-huggies
-sprite
-sunskist
-NOKIA
-ibm
-the sun
-intel
-disney
-scott
-lo'real
-nescafe
-seven up
-dan segala brg yg mempunyai barcode yng bmula dgn 729

Sayangi saudara kita.Selain doa,hanya ini yg mampu menyekat kemaraan israel.ingatlah saudaraku,Walaupun brg itu bernilai hy 10sen, ia tetap akan menyumbang kpd pembelian senjata israel utk membunuh saudara islam kita di sana.

Carilah brgn alternatif yg lain..Banyak lagi brg yg boleh anda guna dan pakai..
Sayangilah saudara kita disana kerana umat islam itu adalah saudara..Tidak beriman seseorang itu,selagi ia tidak mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri..
Ayuh Sahabatku,Bersama kita melangkah membantu mereka dgn cara yg kerdil ini..
insyaallah,semoga diberkati Allah....

Tuesday, December 30, 2008

Yang Mana Satu???...



Mana anda lebih ingat, awal muharam atau awal januari???

Saturday, December 20, 2008

Bila Tetikus Menikus...


Bismillahirrahmanirrahim..
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkanSukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
(Surah Asy-Syams: 1-10)
SALAM 165!!!

Alhamdulillahi Rabbil a'lamin..... Segala puji bagi Allah..kerana dengan izin dan kurnia-Nya jualah aku dapat mencoret sesuatu di alam maya ini, sebagai satu perkongsian kepada semua sahabat2 tentang ESQ Training Angkatan ke-2 untuk EXECUTIVE (20-22 Nov 2008) dan ESQ Training Angkatan Pertama untuk TEENS pada (23-24 Nov 2008) yang berlangsung di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan baru-baru ini.

Mungkin ramai antara sahabat-sahabat yang pernah mendengar tentang ESQ Training. Thread2nya juga pernah dibincangkan di beberapa slot di iluvislam.com , seperti di bahagian Video : Lain-Lain : ESQ 165 Videos.

MENGIMBAU KENANGAN..
PAGI!!!...

Satria ESQ..go go go...satria ESQ...fight fight fight..satria ESQ..win win win!! Satu lontaran suara yg membangkitkan semangat untuk meneruskan hidup kerana Allah di muka bumi yg indah ciptaanNya..sesungguhnya apa yg diperoleh dlm ESQ adalah suatu hadiah dr Allah untuk hamba2Nya..segala puji bagi Allah...

Malu nak bagitau yang aku pi training ESQ pada bulan Ogos yang lepas adalah semata-mata mengikut arahan Brother kamaruddin untuk Kelas Perbandingan Agama. Pada awalnya aku tak mengetahui langsung apa ke menda la ESQ tuh, kuih ke?huhu. Owh..rupa-rupanya program…Program apa pulok tuh? Kepala ni bagai nak rak pikir. Tapi ikut jela kan. Bukannyer ikut ajaran sesat pon kan. Wah, Brother kata kitaorang semua di sponsor oleh IPSI beribu-ribu.
Wah.banyak tuh..Maka berlangsung la Training ESQ selama 3 hari di Hotel Summit, Seberang Jaya Pulau Pinang pada (15-17 Ogos 2008) mewakili EXECUTIVE PENANG ANGKATAN ke-3. Di kesempatan ini, syukur kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih sangat-sangat kat guruku Brother Kamaruddin kerana memberi aku kesempatan untuk ‘berkenalan ‘dengan ESQ dan kini menjadi ‘teman’ akrabku. Syukur Allamdulliah…

PERASAAN DI ESQ TRAINING

Tidak termampu oleh kata-kata dan tulisan.Yang mampu ku luahkan ialah apa yang aku hadapi. Pertama kali aku begitu GERUN dan hatiku BERGETAR kuat, lututku terasa LEMAH, badanku MENGIGIL melihat kebenaran kalimat-kalimat suci Al-Quran terpampang dihadapan mata. Betapa selama ini ku tahu akan ayat-ayat yang dipaparkan tetapi tidak seperti keadaannya di Medan Training ESQ ini. Bukan niatku nak menjulang dan meyanjungi ESQ tinggi-tinggi tetapi itulah secubit pengalaman yang dapat ku kongsikan ketika menghadiri Training ESQ itu pada bulan Ogos dahulu.

YA. Mungkin tidak hanya melalui ESQ training, hidayah atau ilmu itu milik Allah, di mana2 saja kita boleh memperolehnya dengan izin Allah dan dgn bermacam2 cara, namun kita haruslah berusaha untuk mencArinya.

Dan alhamdulillah, Aku menghargai usaha Dr Ary Ginanjar dan para trainers dalam usaha mengembalikan ummah kita kepda tujuan hidup yang sebenar. Dalam Training ni, barula aku benar2 dapat menghayati apa erti Cinta Teragung kpd Allah, yang mungkin kita duk ‘dum dam dum dam’ melaungkan sebelum ini, tapi mungkin dari segi suaranya saja , tapi agak ‘culas’ dari segi amal dan perbuatan yang sebenarnya telah merosakkan hubungan kita dengan Allah krn kurangnya thaqafah dan ilmu kita…betapa amal ibadah kita kurang sahih, betapa solat kita masih tidak sempurna, betapa ‘belenggu2’ mazmumah dalam diri masih banyak menjadi halangan kepada kita untuk menjadi yang hamba Allah dan manusia yang terbaik.

Di sini alhamdulillah, dengan bantuan yang diperoleh di Esq training ‘mata hatiku’ terbuka dan tergetar dengan kebenaran ayat-ayat Allah, dan Alhamdullilah keyakinan bertuhan dan untuk apa keyakinan aku itu dalam diriku.

Aku benar2 mengenal Siapa Dia Pencipta Rasa Kebahagiaan tu.. aku benar2 menghayati dan memahami potensi diri yang Allah ciptakan kepada kita... dan betapa Allah begitu dekat dengan kita melalui Asma’-Nya yang memenuhi setiap ruangan hidup kita…Sama ada udara yang kita setiap ketika memerlukannya, cahaya yang bertiup, jantung yang berdegup, darah yang mengalir, alam semesta yang bertasbih yang setiapnya adalah manifestasi kpd keBesaran dan kewujudan Allah.

Di sana Setiap saat dpt merasakan cinta kpd ALLAH..dan aku belajar untuk menjadi insan yang lebih memandang ke depan. Kerana di hadapan sana ada kehidupan abadi yang menanti kita.
Sungguh Long vision kita / Ultimate goal kita adalah untuk bertemu Allah di Syurga…kehidupan akhirat yang kekal untuk selamanya. Mid-Term vision kita adalah untuk mengembalikan peradaban dunia Islam di muka bumi ini.. manakala Short term vision kita pula adalah untuk memastikan setiap saat hidup kita ini dimanfaatkan sungguh2, jika belajar, belajar bersungguh2, jika bekerja, bekerja sungguh2… sbg tanda stiap saat adalah bukti pengabdian kita kepada Allah…sehinggalah akhirnya kita dipanggil pulang kembali kpd Sang Pencipta…dengan sebaik2 kepulangan insyaAllah…

Betapa kita perlu jelas apa tujuan kita dihidupkan dimuka bumi…dan semua itu telah diperjelaskan kepada kita melalui surat Cinta Allah kepada kita…iaitu Ayat-ayat Al-Quran yang penuh hikmah..dan juga sunnah Rasul kita, yang mana inilah 2 bekal yang dapat memandu hidup kita di muka bumi yang fana’ ini agar kita SELAMAT menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi..

KENAPA AKU NAK JADI ATS PULAK?

Seperti kebanyakan alumni2 ESQ, first impression aku sama jgk. Apasal training pasal Ehsan, Iman dan Islam nak kena bayar sampai RM1 ribu ringgit seorang? Ni training Ayah Pin part II ka? Siri Kerajaan Di Langit versi Indonesia? Tok Guru Nik Aziz punye ceramah kat Masjid Besar Muhammadi, New Castle, Kelantan pun free je.

Teringat pulak first time pi ESQ kepalaku penuh dengan persepsi, aku menuju ke dewan dan apabila terpandang beberapa sosok tubuh ber`bush’ jeket hitam asyik tersengeh2, aku macam terheran2 sendiri…aik..pagi2 camni, breakfast pun tak lagi dah buleh sengeh2.. very impressive. Bila terpandang name tag ATS yang depa pakai, aku pun gatal la dok teka-teka, apa ke menda ATS tu…Angkatan Tentera Siberia, Aku Tidur Selalu, Ahli Tempur Senjata dan macam2 lagi la..(hihi..)

So bila trainer bagi tau ATS tu Alumni Training Support (ATS) yang secara sukarela datang menolong training selama 3 hari, mai dewan training lepas subuh dan balik pi rumah lepas isyak, first thing in my mind…depa ni takde kerja ka? Hawat depa jadi lagu tu? So to cut it short, selepas habis sesi nangis2 dan joget2 yang semua dah mafhum,(huhu) hati kecil aku berkata…now I know what they did last training…sami’na wa ato’na…mereka dengar suara hati mereka dan mereka menuruti suara hati mereka.

Tiada apa yang berlaku secara kebetulan! Dan dari rentetan beberapa peristiwa yang tak layak masuk dalam Hari Ini Dalam Sejarah, aku alhamdullilah akhirnya dipilih oleh Allah Azza Wajalla untuk mengingati kembali ’perjanjianku’ dengan Rabb Yang Maha Esa suatu ketika dahulu. Mungkin ’Landasan ke-2’ yang aku turuti ini berlainan dengan dakwah pada peringkat kampus yang lebih khusus kepada mahasiswa/wi. Alhamdullilah, melalui ESQ ini, ia merupakan suatu ’cabang’ buatku meneruskan perjuangan dakwah pada masyarakat pelbagai lapisan umur ,pangkat, pekerjaan dan tahap sosial melalui pengayaan dan penghayatan yang berbeza sesuai dengan tahap dan potensi mad’u. Alumni ESQ juga akan diberi follow up dengan menghadiri training secara percuma dan saling bepesan-pesan antara sahabat Alumni ESQ.

Jadi antara sebab secara amnya seseorang itu menjadi ATS, seperti aku jugak, adalah penzahiran rasa syukur atas peluang kedua yang dianugerahi oleh Allah swt untuk kembali menjadi HambaNya. Bersyukur atas kesedaran yang membersihkan hati dari segala Illah selain Allah swt dan pembebasan dari segala rasa takut akan kehilangan dunia dengan memasuki Benteng La Ila Ha Illahlah.

Selain itu, yang membuat aku terdorong untuk menjadi ATS, selain makan free (sampingan jer.hihi) dan reasons yang dah disebutkan di atas tadi, ialah tekad untuk melihat 165 kembali subur di hati seluruh ummat Nabi Muhammad saw. Walaupun bunyinya agak selfish, tapi ini adalah untuk diri kita sendiri, sebagai amal jariah dan zakatku, bekal untuk kehidupan yang hakiki. Kerendahan diri dan sifat zuhud yang ditunjukkan oleh Trainer menambah minatku untuk menjadi ATS (bukan sebab depa hensem jer tau.huhu). Nauzubillah mintak dijauhkan dr perasaan ‘kurang asam’ itu.Teringat pulok doh kata-kata seorang Trainer tuh. Dia kata, “walaupun kita bukan pejuang dakwah di barisan hadapan, eloklah kirannya kita semua berusaha sehabis baik yang mungkin untuk mengutip ‘debu-debu perjuangan’ mereka demi menegakkan Agama ALLAH yang suci!”

Ada apa dengan ESQ?

ESQ adalah suatu konsep yang mengsinergikan kekuatan IQ, EQ dan SQ untuk melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastic yang positif. ESQ Training adalah sebuah Leadership training which combines Intellectual, Emotional & Spiritual Quotients yang mana berusaha enerapkan 1 value, 6 principles & 5 actions iaitu Ihsan, 6 rukun iman dan 5 rukun islam ke dalam diri setiap peserta. ESQ Training dengan integrasi ilmu Sains, Psikologi dan Pengurusan Mutakhir memberi pengalaman yang luar biasa kepada fizikal, minda dan jiwa untuk mengeluarkan nilai-nilai terdalam diri (inside-out). ESQ Training juga selama ini dikatakan sebagai sebuah fenomena yang mampu mengubah kehidupan seseorang, kerana ia membantu menghasilkan momentum perubahan yang benar-benar lahir daripada hati (yakni suara hati-fitrah terdalam) yang selama ini mungkin ramai yang tidak berusaha untuk memanfaatkan dari dalam dirinya.

Memetik kata2 Dr Ary Ginanjar, (founder of ESQ model) dlm majalah i edisi Disember tahun lepas, katanya :"Masyarakat kita rajin melakukan ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat, umrah dan melaksanakan ibadah haji. Malangnya ramai yang melakukan dengan perasaan kosong kerana belum tertanam keyakinan tentang kebesaran Allah SWT yg Maha Berkuasa, sepertt keyakinan yang diperoleh oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa semasa di Bukit Thursina atau Nabi Muhammad d Gua Hira'.
Sesungguhnya jika keyakinan akan kewujudan kebesaran Allah ada pada seseorang sehingga ia sedar bahawa ia sentasa dilihat Allah, sudah pasti tidak akan berlaku salah laku samada dalam kehidupan sosial, semasa bekerja dan lain-lain."Training esq, adalah perjalanan spiritual yang berusaha memberikan keyakinan itu.Saya merenung, ya Allah apakah saya dapat bertahan 15 tahun lagi. Yang jelas kita begitu lemah dan tidak berdaya baik isi dalam kepala kita, isi dada dan perut kita semua.
Jadi sesungguhnya kita hanyalah sekumpulan organ yg lemah.Banyak orang yang terlena dengan kefanaan dunia & x memanfaatkannya. Hidup hanya digunakan untuk bermalas-malas dan bersantai-santai, hanya mengerjakan pekerjaan yg kecil-kecil dan ringan-ringan. Tidak punya mimpi bagaimana membantu Nabi Muhammad agar umat manusia mencintai Allah.Saat itu saya bangkit dan bangun, dan bersyukur masih hidup. Menggunakan detik-demi detik, mengeluarkan semua potensi semua fikiran dan tenaga. Apabila kita berhasil maka kita menyelamatkn ribuan, jutaan manusia akan kembali ke jalan Allah.Hingga akan terbentuk sebuah peradaban yang dicita-citakan oleh Nabi Muhammad. Mari kita bertawakkal dan berazam menyerahkan diri dan hidup kita pada perjuangan di jalan Allah.Hidup mati kerana Allah.”

Pesanan dari kata-kata Dr Ary itulah yang semakin menaikkan semangat aku untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan yang aku dapat ketika menghadiri ESQ Training.. iaitu kebahagiaan setelah mengenal diri dan mengenal Allah dengan lebih tepat! .Ya, mungkin sebelum ini kita kata diri kita dah mengenal siapa itu ALLAH dan siapa diri KITA yang sebenarnya tetapi rupanya kita hanya syok sendiri. Tertipu diri dek ilmu yang ternyata cetek.

Alhamdulillah, ESQ training byk mmbntu aku untuk mendapat dan membina keyakinan itu dan sentiasa memperbaharui momentum aku untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam. Kalau boleh nak berkongsi dengan semua orang apa yang di experience dlm training ni.. tp frankly I didn’t know how to explain it in words..(dan benarlah..sahabat2ku sendiri mengiyakan pendapat ini setelah mereka mengikuti training tempoh hari.) ‘tak reti mcm mana nak describe dgn kata2 melainkan anda sendiri datang dan merasai pengalaman itu sendiri.

Jangan khuatir dengan rezeki.. yakinlah rezeki Allah ada di mana2.. Dialah Al-Wahhab dan Ar-Razaq Sang Maha Pemberi rezeki. Seringkali aku tringat pesanan shbt Katanya, 'selangkah kita menuju Allah, Allah akan berlari menuju kita".. Justeru andai ada rzki, cpt2lah rebut peluang ni, krn peluang itu mgkn hny akn dtg sekali.. Jika ada duit lebih tu, Manfaatkan lah rezeki kita untuk kebaikan, bukan dengan menghabiskan wang ringgit kita untuk beli handset beribu2, pakaian mahal2, …Membazir kepada perkara yang x tentu hala, dan sebaganya yang tidak berfaedah…(dah start mbebel dah..hihi) hah…
Jika sayangkan teman2 kita, yang mungkin sudah terlibat dengan dadah…rempit, maksiat dan macam2 lagi masalah sosial masa kini sehinggakan kita rasa tidak punya ikhtiyar lagi utk menolongnya, cubalah bawa dia ke ESQ training. Insyaallah ini juga adalah ikhtiyar kita untuk merawat diri & ummah… Ana dengan rendah diri juga ingin sekali menyarankan training ini untuk diikuti oleh semua organisasi kepimpinan di kampus.. samada MPP, PMI, badan fasilitator, mahupun pihak pentadbiran kampus sendiri kerana insyaAllah, ia sebuah training yang tidak sesekali merugikan dan InsyaAllah apa yang cuba di terangkan dalam training ESQ ini akan diamalkan dan di ingati sampai ke mati…INSYALLAH

PENGHARGAAN

Billion maaf jika terdapat salah kata yang kurang sopan dan menguris perasaan kalian.Milion Terima kasih kepada sebegitu ramai individu2 dalam keluarga besar ESQ yang sentiasa membuat kan aku seperti berada di rumah sendiri dan memberi kasih sayang yang ikhlas yang membuatkan aku begitu comfortable bersama mereka. Kepada semua Trainers, para ATS yang saya tabik spring samada yang pakai seluar atau yang pakai kain, alumni2 yang sentiasa ramah bertegur sapa, orang2 besar FKA Ekonomi yang inshaallah akan mengeluarkan 12 mata air dari bumi dan para crew sekalian, yakinlah dengan tongkat 165 yang kita pegang. Inshaallah tongkat 165 inilah akan membawa kita bertemu Rabbil A’lamin dalam keadaan yang paling sempurna, Amin.

Wassalammualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Madah Bicara Akhir Zaman
http://intelligent-sia.blogsopt.com
2.45 am, Monday , 1 Disember 2008

Monday, November 10, 2008

Syurga Yang Menderita & Neraka Yang Mempersona


Pasti anda terpikir-pikir kan?Syurga yang menderita dan neraka yang mempersona? Tentu saja ada yang mula rasa cuak mendengarnya, ada juga mengatakanan aku hilang akal? Kawal emosimu temanku.Biar daku memberitahunya dahulu. Sikap tergesa-gesa dalam membuat andaian sudah sebati dengan budaya masyrakat kita malah ia semakin parah bila timbulnya kemarahan, kebencian, meluat, dendam dan tak kurang juga boleh sampai tahap membunuh. Sudah hilang rasionalkah manusia di alaf milenium ini khususnya di bumi Minden ini? Mengapa jadi begitu?Lets check it..

1) Ada antara kita 'datang ke kuliah' tetapi sebenarnya kosong, maka
hasilnya seolah-olah tidak datang kuliah pun.

2) Ada kala kita rasa kita 'busy sangat', rupa-rupanya kita hanya 'kelam kabut'.

3) Ada kala kita rasa kita 'prihatin', tetapi rupa-rupanya kita 'busy body'.

4) Ada kala kita rasa kita 'openminded' & 'outspoken' tapi rupa-rupanya kita 'kurang ajar'.

5) Adala kita rasa kita 'berpemikiran kritis' tapi rupa-rupanya kita hanya lebih kepada 'kritik'
yang mencipta 'krisis'.

6) Adakala kita ingin menjadi lebih'mesra' tapi rupa-rupanya kita dilihat lebih 'mengada-ngada'.

7) Adakala kita suka bertanya 'apa yang boleh aku dapat?' tetapi adalah lebih baik kita
bertanyakan ' apa yang telah aku sumbangkan?'.

Pejam mata dan renung diri masing-masing. kita berperasan telah membuat anjakan paradigma dalam diri tetapi sebenarnya pada pandangan orang lain TIDAK!...Manusia tetap manusia, selalu menganggap dirinya baik tanpa ia tidak disedari. Adakah dengan merasakan itu, kita telah buat yang terbaik??? Kehidupan dunia yang selalu menipu akan membuatkan anda anda tersilap menilai bahawa neraka itu syurga dan syurga itu neraka. Anda mungkin "pandai" tetapi belum "BIJAKSANA"...

Monday, November 3, 2008

KAU MURABBI BUKAN SELEBRITI





Leaders are learner-.Pemimpin adalah individu yg sentiasa belajar.Begitu aku diingatkan berkali-kali.Malah,satu ungkapan yg sering menjadi pegangan aku ialah saat kita berhenti belajar,saat itulah kita akan berhenti memimpin.Ya,walaupun aku bukan pemimpin dalam skala yg besar tetapi aku adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin kepada diri sendiri.Hakikat ini mengingatkan aku tentang perbualan antara seorang murabbi dgn Atok(datuknya)

“Kau asyik mengajar sahaja,bila kau belajar?” Tanya Tok pada satu hari.
Aku diam.Aku tahu,Tok bukan bertanya sebenarnya,tetapi dia mengingatkan.

“Apa yg kau selalu tulis dan cakapkan tu…betul-betul sudah kau amalkan?”
Aku bertambah diam.Selain ayah,Tok adalah orang yang paling aku homati…malah aku takuti(kadang-kadang).

Namun begitu,Tok lah tempat aku ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan,kemusykilan atau kecelaruan dalam episode hidup aku setelah ayah dan ibu berpisah sekian lama.Terkapai-kapai hidup berdikari demi mencari erti hidup yang sebenar.Sejak aku masih di sekolah rendah hinggalah kini,Tok adalah ‘guru’ dan mentorku.

“Kita hanya penyampai,Tok.Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain.Saya juga berharap apa yang saya sampaikan,dapat juga saya amalkan.

“Jangan hanya berharap,berusaha!”
“InsyaAllah,”jawabku pendek.


TENTANG “AKU”

“Bagus tu.Jangan menulis ‘diri’ sendiri.Ingat pesanan ni,
orang yang bijaksana menulis tentang ilmu.Orang yang cerdik menulis tentang peristiwa.Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’.Hanya orang yang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Aku mengganguk pelahan.Dalam makna Tok kali ini.”Tok lihat ada kecendurungan sesetengah penulis asyik menulis tentang dirinya.Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.

“Tapi Tok ,tak salah kalau pengalaman itu dapat dikongsi bersama dengan orang lain.Malah lebih ‘real’ daripada apa yang dialami oleh orang lain.”aku cuba membantah.

“Betul,tak salah tapi jangan keterlaluan.”
“Kenapa pulak Tok ?”

“Sebab,kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi.Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan,bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramahitu sendiri”
“Kenapa pulak Tok?”

Tok merenung tajam.Dia faham kali ini aku bukan hanya menyoal tapi mempersoal.
“Tok lihat ,penulis atau pendakwah masa kini tidak syumul dari segi personalitinya.Tak payahlah tok huraikan secara terperinci…Muhasabah diri masing-masing.

“Maksud Tok,golongan ini banyak kelemahan?.Biasalah Tok.Siapa yang sempurna?Apakah hanya apabila semua sempurna baru kita boleh berdakwah?

“Tidaklah begitu.Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya’lebih sempurna’ sedikit
Daripada golongan yang diserunya”

“Kalau tidak?”

“Masyarakat akan kecewa,apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin diteladani….tidak seperti yang mereka harapkan.”

MENJANA KEHEBATAN

“Tok tahu,sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini.Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya.Begitu juga Islam,dengan umat Islam.Islam sentiasa hebat,tetapi muslim adakalanya hebat,adakalanya tidak,bergantung sejauh mana mereka mengamalkan islam itu sendiri!”

“Hujah lama,”balas Tok.

“Tapi masih relevan….Tok,”Aku mempertahankan hujahku.

“Kalau hujah tu diputar belit begini macam mana….Ya,kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu.Jadi kalau begitu,di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sahih,aku terperangkap.Seperti biasa hujah Tok akan bertambah gagah,kalau disanggah.Justeru kerana itulah aku selalu ‘melawan’.Tok bukan jenis guru ‘kau diam,aku cakap!Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’-prinsipnya:Mari sama-sama kita cari kebenaran.

“Kau tidak terbaca tulisan Dr.Yusuf al-Qaradhawi tentang keluhan seorang intelektual Barat yang baru menmeluk Islam?Apa keluhannya?”

“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal orang islam…”

“Tahu pun.Jika intelektual itu kenal orang Islam,mungkin dia tidak tertarik pun untuk memeluk Islam.Jadi dari segi tertib…Siapa yang kita nak perkenalkan dahulu?Orang Islam atau Islam?

“Islam la Tok,”aku akur tunduk.

“Ya,itulah maksud Tok…Pendakwah atau penulis mesti mengetengahkan prinsip dakwah.Islam dan tarbiah,bukan input peribadi atau personality.Bawa orang kepada Allah,bukan kepada diri.Bawa orang kepada Islam,bukan kepada produk atau kumpulan.”

“Terima kasih Tok…selalu-selalulah ingatkan saya.”

“Ingat pesanan Tok…Pendakwah adalah seorang murabbi,bukan selebriti!
(Pesanan Tok yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ aku walaupun hampir setahun ia meninggalkanku…)


KENAPA AKU MENULIS???

Sungguh aku takut diri ini akan azab seksaan Allah disebabkan tulisanku .Teringat aku akan suatu hadith yang menyatakan bahawa tulisan disama tarafkan dengan tutur bicara yang dikeluarkan..Ohh sahabatku…Tolong peringatkan aku jika daku terlupa.Jika aku menulis hanya mengikut perasasan dan emosi semata-mata bukannya dari hati nurani yang bersih.Ku lihat hari ini ramai yang menulis mengikut kata hati bukannya dari ‘nur’ nurani yang hakiki.Secara jujurnya,aku tiada keyakinan untuk menulis..maafkan daku.

Photobucket

satu cinta...