Bicara Hadis


Wednesday, August 27, 2008

10 COMMANMENT BIBLE


Bismillahirahmanirahim…

Allahamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat Iman dan Islam ke dalam diriku.Terima kasih yang tidak terhingga kepada ‘mahaguru’ yang memperkuatkan keyakinanku dengan islam.Keyakinan bertuhan itu adalah suatu PENCARIAN bukannya WARISAN melayu turun temurun.Aku sangat bangga menjadi seorang MUSLIM dan aku berharap sisa-sisa hidup yang tinggal ini akan menjadi penambahbaikan untuk aku menjadi muslim yang SEJATI.

Fitrah semulajadi manusia yang inginkan bertuhan pasti dirasai oleh setiap jiwa.Cuma pembawakan dan pendekatan yang membezakannya.Sungguh beruntung orang mukmin yang berada dalam ‘cahaya’ itu.Cuma kekadang aku cukup sedih melihat melayu islam kini yang mengabaikan ‘cahaya’ itu sedangkan mereka (non-muslim) masih tercari-cari ‘cahaya’ dalam ‘kegelapan’.Sungguh, hidayah itu hanya milik Allah…

10 commanment dalam ajaran bible telah membuktikan bahawa 10 commanment dalam ajaran bible ’mirip’ dengan apa yang terkandung dalam ajaran al-Quran.Seruan bible supaya beriman kepada Tuhan yang tunggal/Esa membuktikan bahawa Nabi Isa bukan Tuhan.Begitu juga al-Quran ,”maka ketahuilah bahawa tidak ada tuhan (yang patut disembah) selain Allah”.[47:19].Persamaan pada kedua ayat ini membuktikan bahawa ia datang dari ‘sumber’ yang sama iaitu ALLAH.Hanya Allah Tuhan yang tunggal/Esa dan tiada Tuhan selain Dia.

Larangan bible supaya jangan membuat bayangan Tuhan dalam bentuk berhala membuktikan lagi bahawa pegangan agama Islam adalah BENAR bahawa Dzat Tuhan tidak menyerupai sesuatu apa pun di muka bumi ini malah tidak dapat dibayangkan oleh pemikiran manusia kerana akal manusia terhad dan tidak mampu mengambarkannya.Ilusi yang sering terbentuk dek ceteknya akal adalah halusinasi semata-mata”....Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia...”[42:11].

”Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun...”[4:36].

Bible melarang penganutnya membunuh orang lain,begitu juga dengan Kalam Tuhan (al-Quran)”...Barang siapa membunuh seseorang,bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau bukan kerana berbuat kerosakan dibumi,maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia...”[5:32].Hal ini sepatutnya membuka mata hati mereka (non-muslim) yang memberi salah tanggapan bahawa Islam agama keganasan adalah tidak benar.Ini kerana membunuh orang lain tanpa sebab merupakan perkara di luar tabi’e manusia dan tidak dapat diterima dalam sistem hidup bermasyarakat begitu juga agama.

Islam melarang umatnya berzina dan menghampiri zina,”Dan janganlah kamu mendekati zina .Sungguh zina itu suatu perbuatan KEJI dan suatu jalan yang buruk”[17:32].
JANGAN di tanya kenapa ada penganut agama Islam hari ini berzina?Tapi tanyalah mengapa 1.109 billion Roman Katholik dan 97 juta Potestant tidak mentaati sepenuhnya ajaran bible? Bukankah larangan berzina dan jangan mengurat isteri orang lain(menghampiri zina) merupakan antara 10 commanment dalam ajaran bible???.Kebanyakan ’orang putih’ mengamalkan seks bebas,homoseksual,lesbian dan sebagainya malah merekalah ’jelmaan syaitan’ yang membawa budaya kuning itu masuk ke jiwa umat Islam hari ini.Tidak layak jika bertanya keruntuhan akhlak umat Islam jika diri mereka sendiri ’HANCUR’.

Jangan mencuri adalah sistem larangan dalam masyarakat,jika tidak dipatuhi mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada pelakunya.Sistem ini sebenarnya ’lahir’ daripada larangan Tuhan kepada manusia.Tetapi manusia sering kali tidak pernah serik untuk melakukannya kerana hukuman manusia tidak ’meresap’ masuk ke lubuk hati mereka selagi hukum Tuhan tidak di’TEGAKKAN.’ Begitulah juga yang terkandung dalam ajaran Bible dan Islam.”Adapun orang laki-laki dan perempuan yang mencuri,potonglah tangan kedua-duanya sebagai balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah.Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana.”[5:38-39].

Taat kepada ke dua ibubapa merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap insan yang bergelar anak walau apa pun agama mereka. Dalam ajaran kristian mentaati ibubapa merupakan perkara mulia yang harus dilakukan oleh mereka.Ibubapa sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka selamat dan sejahtera.Dalam Islam Pengorbanan mereka tidak ternilai dengan wang ringgit sehingga Allah mengangkat darjat mereka.”....janganlah engkau mengatakan perkataan ’ah’ dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik”[17:23].

”...Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua...”[4:36].Sifat Allah yang Maha Penyantun dan Penyayang ke atas manusia ini tidak dapat dinafikan lagi.

Islam menuntut umatnya supaya tidak berdusta dengan bersumpah.”...Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana barang siapa menyembunyikannya sungguh,hatinya kotor(berdosa).Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”[2:283].

Allah memberi amaran kepada mereka ,”Dan(sumpah) yang ke lima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia termasuk orang-orang yang berdusta”[24:07].Larangan dalam bible juga melarang penganutnya daripada bersumpah palsu/menipu.Ajaran murni(bercakap benar) yang diterapkan dalam agama Islam ini dapat dilihat pada akhlak Rasulullah SAW sehingga semua masyarakat Arab pada masa itu mengelarkannya al-amin.Siapakah pula idola Kristian yang perlu dicontohi oleh penganutnya?Adakah St.Paul pengkhianat agama Nabi Isa layak dicontohi???

Pengunaan nama Tuhan dengan sewenang-wenangnya juga dilarang dalam ajaran Bible.Islam turut melarang perbuatan itu.”Dan jangan kamu jadikan nama(Allah) dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan,bertaqwa dan menciptakan kedamaian di antara manusia.Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui.”[2:224]

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini bahawa 10 commanment dalam ajaran Bible adalah sama dengan apa yang di anjurkan oleh Islam kepada penganutnya.Ternyata kedua-duanya adalah berpunca dari ’sumber’yang sama iaitu Tuhan yang Esa.Cuma yang membezakannya adalah pendekatan terjemahan ayat yang lebih tersusun indah dan perasaan damai yang hadir dijiwa tatkala al-Quran dibacakan berbanding Bible.Sungguh indah Kalam Allah membuktikan al-Quran bukan rekaan Muhammah SAW tapi ia wahyu suci dari Tuhan.Kekeliruan dan percanggahan ayat yang terkandung dalam Bible jelas membuktikan terdapat unsur ’sabotaj’daripada tangan individu yang mempunyai kepentingan duniawi tersendiri. KEBATILAN tidak akan selamanya dapat disembunyikan selagi pecinta yang HAK tegar berjuang...wallahu’alam.

P/S:nie sebnrnyer asaimen perbandingan agama yang aku anta kat bro.kamaruddin.Harap kt dpt kongsi bersama..

Monday, August 25, 2008

MENCARI KEBENARAN ADALAH WAJIB


Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara
Di negara yang sementara waktu (dunia) dan negara yang kekal abadi (Akhirat)
Kebenaran itu hanya satu,
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya …
Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung
Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat
Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi
Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah
Carilah kebenaran itu, jika dapat, perjuangkanlah..
Seandainya kebenaran itu di atas gunung,dakilahJika di dalam laut,selamlah..
Sekiranya di dalam bumi, galilah...
Kalau didapatkan di dalam hutan, telusurilah...
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit
Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis
Di dalam perjalanannya tersiksa, tapi pada akhirnya bahagia
Jika kebenaran sudah didapatkan, pertahankanlah mati-matian
Dengan harta, tenaga dan jiwamu
Peganglah kebenaran itu,
jangan sampai terlepas
Sekalipun ia panas...
Photobucket

satu cinta...