Bicara Hadis


Tuesday, October 21, 2008

Antara ICE CREAM dan MINERAL WATER


Semoga jiwaku dan jiwamu yang membaca sentiasa dalam rahmat Tuhan.Buat jiwa yang dambakan keredhaan Tuhan.Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya kita masih dipertemukan dengan lagi tuk artikel ini.Selepas ini???entahlah..ku tak bisa menjawabnya…Dah 21 syawal hari ini, sudahkah dikau tunaikkan ganjaran setahun berpuasa itu(puasa 6).Kalo belum, masih ada waktu sahabatku.Semoga amalan-amalan sunat ini bisa menampung ruang-ruang kosong amalan wajib kita sebelum ini.Ya mungkin kita lakukan sepenuhnya amalan wajib itu tetapi adakah dikau yakin amalan itu tidak dilemparkan balik seperti kain buruk ke mukamu? Tanyalah Iman,apa khabar imanmu di sana wahai insan sebaik-baik ciptaan Allah? Kau mengaku mencintai Allah, tapi berapa banyak waktu kau habiskan untuk mengingatiNya? Adakah hanya pada waktu solat sahaja kau meningatiNya? Tambah tolak dengan bisikan yang datang menerpa ketika solat? Khusyukkah peribadatan kita selama ini?sama-sama kita muhasabah diri kembali...

Aisey....mukadimah panjang sangat pulok doh..hehe..Sedapnyerr ais-krim tuhh..Lama doh tak makan ais krim..Tunggu sahabat2 belanja sampai kucing tumbuh janggut pon tak dapat lagi..huhu.(gurau jer..jangan pas ni berpusu-pusu plak nak belanjer yer)…hihi.Ehem…merapu palok doh..Hmm kembali kepada topic kita..


Betapa manis dan sedapnya rasa ais krim,dengan beraneka perasa dan warna pasti mengundang tarikan ramai untuk merasai kelazatannya. Mineral water disebelahnyer dipandang sepi, kekadang tak nampak pun akan kewujudannya.Mengapa begitu? Adakah lumrah manusia begitu atau turutan nafsu semata-mata? Mata manusia begitu menipu!
Mata hati begitu kabur untuk menilai sehingga perlu di tambah ‘power’ baru boleh nampak.Itu pun kalau dah rasa kabur sangat baru terhegeh-hegeh ke kedai optimis. Begitulah fitrah manusia.Sering kali lupa kemudian bertaubat... kemudian lupa lagi..Jiwa yang dahagakan pengisian perlu di isi segera. Jika tidak ia akan mudah melayang-layang diterbangkan angin dan debu-debu dosa.Sering kali manusia mendambakan keseronokkan semata-mata tanpa memikirkan impaknya.

Begitulah al-kisahnya manusia yang mudah tertarik dengan keseronokkan duniawi tanpa memikirkan akibatnya.Seronok sementara yang dicari mengundang padah apabila Allah melaknatnya.
Begitu juga dengan ais krim yang mana kandungan gula, perasa, pewarna tiruan, dan segala macam bahan kimia dipadukan untuk melazatkannya dan di adun bagi membuka selera ‘mata’.Impaknya boleh mengundang pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan.

Allah itu Pengasih terhadap hambanya.Diberikan sinar hidayah setelah kehausan menikmati ais krim,mineral water yang menjadi pembasah tekak yang kering.Mineral water yang telah kita tahu banyak khasiatnya sengaja dipinggirkan kerna ais krim yang begitu lazat dipandangan mata.
Kalo ada 2 pilihan di hadapan kita antara ais krim dan mineral water sudah tentu kita lebih tertarik kepada ais krim. Begitu juga manusia, setelah merasai kesoronokkan dunia, lalai, buang masa, bermaksiat hati, mata, tangan, telinga dll,pendek kata lalai mengingati Tuhan barulah jiwa merasa kering, kering dengan makanan dan minuman rohani. Manusia setelah berdosa memohon ampun kepada Allah swt tetapi setelah itu kembali berbuat dosa lagi.sama ada ia sedar ataupun tidak,.Teringat plak lagu ‘remaja harapan’….hmm..bersambung

2 comments:

rossees said...

sensory test ice cream lebih berjaya... fungsi nya pun berbeza...
dalam ice cream pun mesti ada air sebagai bahan asas =)

Unknown said...

aku suke makan aiskrim coklat .....

Photobucket

satu cinta...