Bicara Hadis


Friday, January 9, 2009

Mahasiswa Dibenar Sertai Demostrasi Kutuk Israel












KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Utusan Malaysia;8/1/09

1 comment:

RrR said...

saya suka demo jugak.. hmm, aritu ada blaja ayat bible kenape yahudi ni memang x makan demo, even PBB pun x makan saman (deut,15:6)...hahaha... memang depa mengaku stubborn (dlm 1 video)... anyway, jgn lupe boikot TESCO k!hiihi...

dari peti masuk email

Salam shbt2 yg dikasihi fillah.TESCO adlh singktn kdp Tess Cohen,isteri kpd jutawn Yahudi UK yg mmiliki hypermarket trsbut.Jutawn ini amt kuat menyokong zionis, nazi, yahudi israel melalui kekayaan beliau.Stiap RM yg kita beli d TESCO umpama 1 pluru yg kita sumbgkn kpd israel utk mmbunuh saudara2 Islam kita d palestin.Sebarkn_sumber: Wikepedia.

salaam

Photobucket

satu cinta...